BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)

  PENGENALAN

Unit bekalan kuasa membekalkan kuasa elektrik kepada semua bahagian komponen elektronik. Kebanyakan peralatan elektronik memerlukan satu unit bekalan kuasa untuk menukarkan ‘current’ AC yang diterimanya daripada sumber bekalan elektrik awam kepada‘current’yang sesuai untuk peralatan ini (‘current AC yang mempunyai voltan yang rendah ataupun DC).  Peralatan seperti TV ,Radio ,komputer memerlukan unit bekalan kuasa untuk mengubah bekalan elektrik awam (240 Volt AC) kepada bekalan AC yang lebih rendah atau kepada ‘current’ terus (DC).

            Fungsi utama unit bekalan kuasa ialah untuk memberikan voltan serta arus yang  cukup kepada sesuatu alat elektronik.  Pembekal kuasa akan menukarkan voltan 220 / 240 volt AC 50 Hz kepada voltan DC yang berlainan bergantung kepada bahagian unit sistem tersebut.

 JENIS-JENIS BEKALAN KUASA

a.)    JENIS ‘LINEAR’

Bekalan kuasa jenis ini biasanya lebih senang dikenalpasti dan dibaiki kerosakannya kerana mempunyai litar yang lebih mudah.  Satu bekalan kuasa ‘linear’ yang paling asas mempunyai sebuah transformer, rektifier dan beberapa kapasitor sebagai penapis (untuk meratakan dan menyelaraskan gelombang kuasa).  Sebenarnya regulator merupakan litar yang paling kompleks dalam bekalan kuasa dan biasanya terdiri daripada satu litar bersepadu sahaja.

Kebaikan sumber bekalan kuasa ‘linear ini ialah dari segi mudahnya dan tahan lama.  Walaubagaimana pun sumber bekalan kuasa ini bukanlah jenis yang ‘fesyen’ dan terbaik .

b.)  JENIS ‘SWITCHING’

Bekalan kuasa jenis ini tidak membazirkan ‘current’ elektrik.  Bekalan kuasa ini juga tidak menggunakan transformer yang besar seperti dalam jenis ‘linear’ dan sebagai gantinya ia menggunakan transformer kecil yang berubah dan tidak akan menghilangkan haba.  Jenis ini mempunyai litar pengesan (‘sensing circuit’) yang boleh mengawasi voltan dan tahap‘current’bagi voltan output.  Bila voltan naik dan turun kerana keperluan bekalan kuasa berubah, litar pengesan ini boleh mengetahui.

 

 PERKAKASAN PENSTABIL BEKALAN KUASA

Kadang-kala bekalan kuasa yang dibekalkan oleh punca bekalan dari dinding tidak begitu stabil.  Ia mungkin melebihi tahap 240 Volt sehingga mencapai 280 Volt dan menurun semula.  Keadaan ini dipanggil ‘power surge’ atau lonjakan kuasa.  Untuk menstabil voltan masukan ke unit bekalan kuasa pada tahap 240 Volt, beberapa jenis peralatan penstabil kuasa boleh digunakan.  Antaranya  :

a.      UPS (uninterupted power supply)

b.     AVR (automatic voltage regulator)

c.      PLC (power line conditioner)

UPS berfungsi untuk menstabilkan bekalan kuasa pada tahap 240 Volt dan menyediakan bekalan bantuan secara automatik sewaktu ‘black out’. Untuk menggunakan UPS,bekalan kuasa dari soket 240 Volt dimasukkan ke UPS. Dari UPS barulah dimasukkan ke soket 240 Volt ke alatan elektrik.

Apabila berlakunya ‘black out’, UPS secara automatik memulakan bekalannya sendiri yang datang dari satu bateri yang terdapat didalamnya.  Bekalan ini selalunya dapat bertahan selama 10- 15 minit.  Jadi dalam tempoh tersebut, pengguna komputer bolehlah menyelamatkan data-data dengan melakukan operasi penyimpanan data di dalam cakera bateri berkenaan akan selalu dicas semasa bekalan elektrik dalam keadaan biasa.

AVR pula hanya berfungsi menstabilkan bekalan kuasa dengan cara menghilangkan‘power surge’.  “Power surge’ialah di mana voltan memuncak secara mendadak hingga 280 Volt.  AVR berfungsi mengelakkan voltan dari naik ke 280 Volt.  Ini dilakukan secara automatik oleh litar dalam AVR.  PLC juga berfungsi hampir sama dengan AVR .