PROSES ETCHING

            Proses Etching ialah menggunakan asid untuk menanggalkan kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki pada PCB (PRITED CIRCUIT BOARD). Asid ini ialah ASID FERRIC III KLORIDA. Asid Ferric III klorida ini digunakan  untuk menangalkan kuprum-kuprum tersebut. Cara untuk mencairkan asid ini adalah dengan mencampurkan  air panas kepadanya untuk bertindak balas kimia  dalam air panas tersebut. Campuran ini tidak boleh terlalu pekat kerana ia akan melunturkan Maker-ink atau M lettering yang dilukis pada PCB dan seterusnya akan merosakkan litar yang diingini. Campuran ini juga tidak boleh terlalu cecair kerana ia akan mengambil masa yang panjang untuk proses Etching ini. Campuran ini haruslah bernisbah 4:1 , dimana 4 bahagian adalah air  panas dan satu bahagian lagi adalah serbuk asid. Proses Etching ini seharusnya dilakukan dalam  bekas yang tidak berguna lagi. Bekas plastik adalah bekas yang paling biasa digunakan dalam proses Etching ini. Proses ini juga  seharusnya dilakukan di kawasan yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang paans kerana ini boleh mempercepatkan proses Etching ini.

            Apabila PCB diremdamkan ke dalam campuran ini, kita mesti sentiasa menggoncang bekas yang disikan dengan asid supaya kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki tertanggal. Pada masa ini Cuma tinggalkan litar yang dicetak dengan M lettering sahaja. Selepas kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki sudah tanggal maka proses Etching pun selesai dan PCB itu hendaklah dibilas dengan air bersih supaya kotoran-kotoran yang terlekat pada PCB semasa proses Etching itu tertanggal. Setelah proses Etching selesai dilakukan , M lettering  yang terdapat   pada PCB akan hilang. Cara untuk melakukan  ialah dengan menggunakan kertas pasir untuk mengosok pada garisan-garisan  warna itu. Selain itu, serbuk pencuci juga boleh digunakan  untuk menanggalkan  inik-ink tersebut. Kini hanyalah tinggalkan litar PCB yang dikehendaki sahaja.