Sumbangan Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik (1)
DEFINISI FIZIK
Perkataan fizik berasal dari perkataan Inggeris physics . Perkataan Inggeris itu pula berasal dari perkataan Yunani physis yang bermaksud tabii. Dalam konteks moden , fizik merupakan satu cabang ilmu tentang alam kejasmanian , sifat-sifat benda dalam alam itu , dan tindakan bersaling antara benda itu serta perkara-perkara yang berkaitan dengan jirim dalam ruang . Menurut Kamus Dewan Edisi 1991 , fizik merupakan ilmu yang mempelajari sifat-sifat umum , keseimbangan dan gerakan benda dan juga gejala-gejala panas , cahaya , tenaga elektronik dan besi berani . Pada zaman tamadun Islam tidak satu ada disiplin yang berpadanan dengan fizik seperti yang difahami sekarang , ini kerana pada ketika itu pengotakan dan pemasangan atau pemecahan ilmu tidak berlaku . Yang ada pada ketika itu falsafah tabii ( tabi’yyat ) yang di dalamnya termasuklah sains hayat , sains bumi dan juga fizik . Optik yang sekarang dikelaskan sebagai satu cabang fizik berada di bawah cabang matematik pada masa itu .FIZIK SEBELUM TAMADUN ISLAM
Pada abad ke-4 M , pemikiran fizik dipelopori oleh teori fizik
Aflatun ( Plato ) dan Aristoteles . Dalam kajian fizik yang mereka lakukan
terdapat penggunaan Matematik yang menunjukkan bahawa mereka menekankan
kepentingan matematik dan peranan utamanya
dalam menjelajah alam semesta ini . Teori mereka dipengaruhi oleh
pemikiran mazhab ( qaul atau pengikut ) Pithagoras yang berpendapat
seperti berikut :
Pendapat-pendapat ini kemudiannya diterima oleh orang Islam kerana
mereka berpendapat pandangan ini disokong oleh
al-Quran menerusi ayat-ayat yang terjemahannya seperti berikut:
Di samping itu satu perkara lain yang menarik perhatian mazhab Pithagoras ialah sifat dinamik yang ada pada makhluk alam kejasmanian ini . Sifat dinamik ini terhasil daripada tindakan data keatasnya dan pergerakan yang ada padanya . Aflatun cuba memberi penerangan rasional tentang alam semesta melalui bukunya Timaeus . Aristoteles pula menganggap bahawa langit terdiri daripada siri sfera sepusat tersusun mengelilingi bumi sebagai pusatnya .Kesemuanya ada lapan sfera cakerawala dan empat cakera bumi termasuklah bumi itu sendiri . Sfera yang mengelilingi sistem ini dianggap oleh Aristoteles sebagai “ Keharmonian Sakti ” yang telah menyebabkan putaran keseluruhan sistem cakerawala , iaitu planet-planet dan bintang hidup .Putaran inilah yang menyebabkan hidup mati di alam tumbuhan dan haiwan dan digelarnya “ Peraturan Sakti ” itu . Pendekatan demikian telah mencetuskan pemikiran dwikotomi di antara langit dan bumi . Pendekatan demikian merupakan asas bagi fizik Aristoteles yang pada dasarnya menjadi fizik tentang gerakan . Fizik
Aristoteles bertujuan memberi penjelasan
tentang fenomenon-fenomenon alam bumi dan fizik cakerawala . Asas
pemikirannya seperti berikut :
Berlawanan dengan teori fizik Epikurusan ialah teori keselanjaran Stoik ( Stoic ) yang berasaskan hasil kerja Zeno , Krisipus ( Chrysippus ) dan Poseidonius . Mereka menganggapkan alam kejasmanian ini sebagai kontinum dinamik yang koheren oleh kerana wujudnya suatu benda , yang dinamainya “ pneuma ” yang menyerapi alam semesta dan semua jirim yang terkandung di dalamnya . Zaman kegemilangan sains Yunani dikaitkan dengan nama-nama seperti Euklid , Arkhimedes , Eratosthenes , Apolonius Perga dan Hiparus . Melalui hasil karya mereka , sains purba ini memuncak . Arkhimedes dalam bukunya The Sand Reckoner telah membina satu cara untuk mengungkapkan nombor yang sangat besar . Kaedah ini digunakannya untuk mengira bilangan bijian pasir di dalam sfera dan jejari yang memberi jarak antara Bumi dengan Matahari . Arkhimedes juga memperkenalkan penggunaan pertimbangan mekanik untuk memperolehi usulan ( teorem ) geometri . Kerja-kerja Batlamus ( Ptolemy ) menerusi karyanya The Mathematical Syntaxis dan Almagest telah ditulis dalam pertengahan abad ke-2 M . Kerja ini berkaitan dengan asas teori dan asas eksperimen hipotesis geometri terhadap masalah matematik yang berkaitan dengan gerakan teratur bulan , matahari dan lima buah planet yang diketahui pada masa itu . Batlamus , seorang ahli astronomi yang beramal bersama Applolonius Perga , dan Hiparkhus semuanya berpegang kepada aksiom bahawa gerakan bintang dapat dijelaskan sebagai gabungan gerakan bulat yang seragam . Teori Batlamus menimbulkan masalah untuk dipadankan dengan hasil eksperimen . Warisan pemikiran sains dari zaman purba dan Helenisme terdapat dalam sastera falsafah pada masa-masa kemudiannya seperti melalui penulisan “ qaul neoplato ” yang seorang daripadanya ahli falsafah Kristian bernama Johannes Philoponus . Beliau mengajar pada abad ke-16 M di Iskandariah dan merupakan pengkritik Barat terakhir Aristoteles . |